27 Mei 2011

berita gembira & berita sedih

antara gembira & sedih mesti
ramai yg nak tahu gembira dulu...
berita gembira abah dah selamat
tiba rumah malam tadi
setelah 2minggu di Tanah Suci, Mekah.
berita sedih plak
aku kena tukar tempat
training... dah rancang elok2
nak g KL naik ketapi...
aku ni dah b'puloh tahon tak naik ketapi...
kawan ajak tu yg seronok..
tiba2 bos bgth aku kena g
kursus kat jb...
2minggu plak tu...
aku ada perancangan lain sebenarnye,
terpaksalah suruh org buat...
aku balik benda tu dah siap & aku ready je...

22 Mei 2011

Nur Kasih The Movie

semalam g tgk wayang
ngan orang tersayang.. :D
beria2 aku nk p
tgk cite Nur Kasih
si dia layankan je.
ikut hati dia baik tgk lain..
ngah tgk cite aku jeling
sebelah dia asyik tgk jam..
"lamanyer lagi" si dia merungut..
habis wayang dia blh perli aku
"laaa tak sedih ker, abg beria2 nangis
basah baju ni"..
ada ke patut??
memang citer ni kurengg..
mungkin orng lain ada pendpt tersendiri..

16 Mei 2011

selamat hari guru

GURU
Engkau bagaikan cahaya
Yang menerangi jiwa
Dari segala gelap dunia

GURU
Engkau adalah setetes embun
Yang menyejukan hati
Hati yang ditikam kebodohan
Sungguh mulia tugasmu Guru
Tugas yang sangat besar

GURU
Engkau adalah pahlawanku
Yang tidak mengharapkan balasan
Segala yang engkau lakukan
Engkau lakukan dengan ikhlas

Guru jasamu takkan kulupa
Guru ingin ingin kuucapkan
Terima kasih atas semua jasamu.

kepada semua guru2 tak kira
dimana berada SELAMAT HARI GURU.
jasamu tetap akan ku kenang.
kepada rakan seperjuangan ku
teruskan kerjaya ini dgn ikhlas
dan rela hati.

14 Mei 2011

teruk betul

ishhh semalam dah geram
dan hilang sabar. aku suh baca flash card
dia tgk lain bukan tgk flash card,
kan dah kena ngan aku.
teruk betul aku ni. tapi seyes
smlm aku dah tak blh nak kawal
sabar. kesian bdk tu.
aku ni tak jahat mana, paling kurang
pon aku soh diaorng kuar dr kelas aku. :D
teruk betul kan teacher ni.
kecit2 lg dah alami pengalaman buruk
di alam persekolahan.

07 Mei 2011

migraine

sekarang ni makin kerap sakit kepala @ migraine.
skng ni dah cuba dah kawal marah tapi
semakin menjadi-jadi plak.
dulu stress pasal study skang pasal keje,
bdk2 ni tak boleh bg teacher diaorng
ni aman dan sihat. :D
bab makanan ni yg susah skit nak
kawal, kena berusaha lebih keras lagi.

APA ITU MIGRAINE?

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APA PENYEBAB MIGRAINE?

Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?

Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.

Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?

Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :

1.
Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
2.
Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
3.
Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.

BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?

Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.

04 Mei 2011

bz bz bz

salam... minggu ni snggh bz bz bz.
nak kena siapkan buku2 bdk ni. task mggu ni last.
pastu exam plak, nak kena revision.
dalam masa yg sama nak latih bdk b'3 tu
tuk p'tandingan bln dpn.
nak menjengah blog ni pon tak sempat.
mcm nilah agaknyer cikgu aku dulu, susah payah
nak mengajar.