KANGAR: “Ketika saya tanya, arwah beritahu dia tidak dapat hadir pada majlis pertunangan kami, membuatkan saya seolah-olah tidak bersemangat untuk melangsungkan majlis itu tanpanya.
“Namun saya terkejut apabila diberitahu rakan, arwah terbabit dalam kemalangan di Ipoh awal pagi semalam,” kata Rosma Abdullah, 23, bakal tunang Noor Jismi Noordin, 25, mangsa yang maut dalam kemalangan ngeri yang turut mengorbankan sembilan penumpang bas ekspres di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan hala utara, awal pagi semalam.
Menurut Rosma, dia dihubungi rakannya yang menaiki bas ekspres lain sejam selepas kemalangan itu. Mereka membuat pengecaman ke atas mayat arwah sebelum menghubunginya.
“Mengikut kata rakan, arwah sebenarnya berhasrat hendak balik kampung dan mahu buat ‘surprise’ (kejutan) dengan tiba-tiba muncul pada majlis pertunangan kami esok (hari ini).
“Saya tidak sangka ia berakhir begini dan perbualan kami beberapa jam sebelum arwah maut adalah yang terakhir,” katanya yang ditemui di rumah keluarga arwah di Kilometer 3, Jalan Bintong, dekat sini, semalam.
Rosma yang tiba bersama keluarganya turut sedih kerana semua persiapan pertunangan sudah dilakukan, malah mereka berdua teruja menanti hari bersejarah itu.
Katanya, mereka membeli cincin pertunangan baru-baru ini dan sepatutnya hari ini (semalam) dia mengambil kek istimewa yang ditempah khas untuk majlis itu.
“Saya reda dengan ketentuan Tuhan meskipun sedih kerana kehilangan orang tersayang,” katanya sambil menitiskan air mata.
Sementara itu, bapa Noor Jismi, Noordin Osman, 54, berkata anak kedua daripada empat beradik itu teruja menunggu hari pertunangan dengan gadis pilihan hatinya.
Katanya, beberapa kelainan ditunjukkan arwah bagai petanda awal dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Arwah menetap bersama abang sulungnya, Jafni di Selangor. Jafni berkata arwah menunjukkan perubahan kerana tidak bersalaman dengannya seperti biasa ketika menghantar dia ke stesen bas.
“Arwah juga tidak menghubungi saya seperti selalu dilakukannya apabila sudah bertolak atau menaiki bas.
“Saya beberapa kali memegang telefon bimbit dan bercadang menghubungi arwah namun tidak berbuat demikian, dan mungkin itu petanda arwah akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Noordin berkata, lebih menyedihkan, semua persiapan untuk majlis pertunangan arwah sudah diatur dan keluarga di Perlis hanya menunggu kepulangan anak keduanya yang bekerja di Shah Alam, Selangor.
“Rombongan peminangan dijangka bertolak ke rumah Rosma di Jalan Harumanis, Sungai Batu Pahat, dekat sini, petang esok (hari ini).
“Kami hanya menunggu kepulangan arwah yang mungkin ingin menambah keperluan bagi memeriahkan majlis pertunangan. Kami pasrah dengan ketentuan-Nya,” katanya.
Menurutnya, arwah bersama bakal tunangnya memilih cincin pertunangan mereka selain menempah kek istimewa di sebuah kedai di Kangar bagi meraikan majlis itu.
Noordin, guru Sekolah Kebangsaan Panggas, dekat sini, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh keluarga Rosma sejam selepas kemalangan. Dia kemudian bersama isteri, Maznah Osman ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.
“Secara kebetulan, seorang rakan Rosma menaiki bas lain di belakang bas dinaiki arwah. Rakan terbabit yang membuat pengecaman sebelum memaklumkan Rosma dari tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, suasana rumah Noordin diselubungi pilu dan deraian air mata apabila jenazah Noor Jismi tiba jam 12.50 tengah hari semalam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jarak selepas solat Zuhur.
Arwah bertugas sebagai kakitangan percetakan di Syarikat Kumpulan Karangkraf di Selangor sejak beberapa bulan lalu.
>Bawa selimut nak ‘tutup mata’
ALOR STAR: “Bila saya tanya mereka kenapa bawa selimut sebelum bertolak ke Kuala Lumpur Ahad lalu, kakak beritahu dia dan adik hendak tidur sepanjang perjalanan.
“Kakak juga beritahu emak melalui panggilan telefon, mereka akan ‘tutup mata’ dari KL ke Alor Star sebelum menaiki bas untuk pulang ke rumah di Taman Desa Seraya di sini, kira-kira jam 8.45 malam kelmarin,” kata Ng Poh Yoke, 21, yang terkejut dengan kematian kakak sulungnya, Ng Poh Ngoh, 23 dan adik bongsunya Ng Kah Kit, 14, dalam kemalangan bas ekspres di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara, awal pagi semalam.
Poh Yoke berkata, kakaknya yang baru saja menamatkan pengajian dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Multimedia, Universiti Utara Malaysia (UUM) datang ke KL untuk menghadiri temuduga sebagai artis grafik di syarikat swasta.
“Ketika di KL, kakak dan adik menetap di rumah pakcik dan sebelum pergi, mereka membawa beberapa helai selimut dan bila saya tanya, kakak beritahu dia dan adik akan tidur sepanjang perjalanan.
“Saya tidak sangka itu petanda kakak dan adik akan meninggalkan kami selama-lamanya dan lebih menyedihkan, kakak tidak sempat mengambil ijazahnya tahun depan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Difahamkan, Poh Ngoh yang juga anak sulung daripada empat beradik membawa bersama Kah Kit ke rumah pakcik mereka di Setia Alam, Klang sejak Ahad lalu.
Poh Yoke yang menuntut di Kolej Jururawat Jerantut, Pahang berkata, mayat kakak dan adiknya dibawa ke rumah mereka di Alor Star malam ini sebelum disemadikan.
Dia hanya dimaklumkan mengenai berita kematian itu kira-kira jam 8.30 pagi semalam melalui ibu angkat yang tinggal di situ.
“Mak dan ayah ke Ipoh awal pagi tadi (semalam). Mereka langsung tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan adik ketiga, Ng Kar Wei, 17,” katanya.
“Apabila bangun tidur, kami terpinga-pinga melihat colok di pasang di ruang tamu rumah sebelum dimaklumkan mengenai kecelakaan yang menimpa kakak dan adik,” katanya.
>Petanda kemalangan
IPOH: Petanda bas bergoyang seolah-olah hilang kawalan membawa kepada tragedi berdarah apabila 10 daripada 48 penumpang bas ekspres dua tingkat maut selepas kenderaan itu merempuh pembahagi jalan dalam kemalangan ngeri awal pagi semalam.
Kemalangan berlaku kira-kira lapan kilometer dari lokasi ‘plaza tol maut’ yang meragut nyawa lapan penumpang bas serta mencederakan 27 yang lain dalam kemalangan pada 11 Disember dua tahun lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara, bas membawa muatan 48 penumpang itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.
Rempuhan menyebabkan bahagian bawah di sebelah kiri bas berkenaan remuk dan dua penumpang yang maut tercampak keluar dalam keadaan mengerikan manakala lapan yang lain menemui ajal akibat tersepit dan dua lagi cedera.
Kebanyakan mangsa yang maut berasal dari Selangor, Kedah dan Perlis.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Md Razip Fadzil, 43, manakala cedera ringan, Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.
“Mangsa yang maut dan cedera membabitkan penumpang di tingkat bawah. Dua pemandu bas dan 36 lagi penumpang selamat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, awal pagi semalam.
Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Mereka mengalami pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan, termasuk kepala, manakala mangsa parah dirawat di wad.
“Bas itu dikatakan memulakan perjalanan pada jam 9 malam dari Klang dan berhenti di beberapa lokasi untuk mengambil penumpang sebelum berhenti untuk bertukar pemandu di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Simpang Pulai, di sini.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, pemandu bas dikatakan hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan konkrit,” katanya.
Menurutnya, pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian,” katanya.
Kemalangan ngeri itu yang pertama berlaku di laluan terus tanpa henti berkenaan sejak ia dibuka pada 14 Julai lalu.
Laluan sepanjang 14.7 km antara Plaza Tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan bernilai RM283 juta itu diubahsuai mulai Jun tahun lalu dan mula dibuka secara berperingkat-peringkat kepada lalu lintas beberapa bulan kemudian.
>Penumpang terhumban
IPOH: “Saya mendengar bunyi dentuman kuat sebelum ternampak sebahagian penumpang terhumban ke depan dan dalam sekelip mata suasana bertukar panik dan kelam kabut.
“Kejadian berlaku begitu pantas dan masa seolah-olah berhenti seketika sebelum saya mendengar suara orang meminta tolong,” kata Mohd Khairil Alias, 27, antara mangsa yang terselamat dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan 10 nyawa di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara, awal pagi semalam.
Mohd Khairil yang duduk di tingkat dua bas terbabit berkata, ketika kejadian kebanyakan penumpang nyenyak tidur.
“Saya mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila pemandu bas memberhentikan kenderaan lebih daripada tiga kali sepanjang perjalanan.
“Bas berkenaan juga berhenti di tepi jalan dan secara tiba-tiba enjinnya tidak dapat dihidupkan dan pemandu bas mengambil masa kira-kira 10 minit untuk membaiki kerosakan sebelum memulakan perjalanan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Seorang lagi mangsa terselamat, Salasabila Ramlan, 20, berkata dia hanya mampu menjerit ‘Allahuakbar’ sejurus kejadian berlaku selain trauma melihat beberapa penumpang maut dalam keadaan mengerikan.
“Ini kali ketiga saya menaiki bas dua tingkat. Sebelum ini saya sering mengambil tempat duduk di bahagian bawah, namun rakan yang membeli tiket memilih tempat duduk di bahagian atas.
“Pilihan rakan itu menyelamatkan nyawa saya kerana jika saya memilih tempat duduk di bahagian bawah mungkin saya juga menerima nasib sama seperti mangsa yang maut,” katanya.
Dia yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Alor Star berkata, kejadian itu meninggalkan trauma kepada dirinya dan serik untuk menaiki bas ekspres, terutama jenis dua tingkat.